Happy Belated Birthday,Malaysia! I Heart You.
Dear Blog,
semalam, hampir separuh hari masa dihabiskan di hospital. actually isnin malam pun dah berkampung kejap kat hospital. isnin petang tu dapat news yang mak angkat aku (yang bela aku dengan adik aku since kecik) punya cucu (Mia) koma and ada kat GH (hospital besar Penang). family aku memang baik dengan mak angkat aku ni. memang ngam dengan anak-anak dia semua. so, kitorang pun gerak lah ke hospital isnin malam tu. masa tu Mia baru keluar dari operation room.
actually, Mia kena accident masa jumaat malam lepas. masa tu dia dengan ayah dia naik motor dan on the way nak ambik her mom kat tempat kerja. masa tu, ada 2 kereta dok race. blablablabla, kereta belakang hentam motor
diorang maka Mia tercampak ke depan T___T bayangkan budak umur 4 tahun (dengan saiz badan yang kecik) tercampak dan melambung ke depan T___T . by the way, ayah Mia injured sikit je kat kaki.
sampailah isnin lepas, tiba2 Mia macam kena tarik and kena sawan. then, dia koma lepas tu. so, doctor pun suggestkan nak operate tempurung kepala dia sikit (alahai,lemah aku medical2 term ni!) sebab otak dia kat dalam dah mengembang blablabla (matiklah. betul ke ayat mengembang ni? T___T) .
masa aku dengan family tengok Mia dalam ICU kanak-kanak tu, aduhai sedihnya ya Allah. tak tertanggung sakit tu aku rasa. dia bernafas pun dengan bantuan mesin. masa tu,kepala dia dah botak, badan si kecik tu habis berselirat wayar. aku tengok mak ayah dia kat tepi katil lagi lahhhhh sedih. tak boleh bayangkan kalau aku ada kat tempat diorang, tengok anak sendiri bertarung dengan nyawa. aku selak selimut Mia tu. tengok kaki dia masa tu dah pucat. mesin apa entah sebelah dia tu asyik berbunyi ja. seram sejuk aku rasa.
doktor pun actually cakap memang dah takde harapan untuk Mia survive. sebab after operation tu, terpulang pada kekuatan Mia untuk lawan sakit tu. apa lah daya budak kecik tu nak survive kan? kadang2 kita yang dah besar ni pun tak terdaya, lagi lah budak umur 4 tahun.
dan semalam, dalam pukul 10 lebih (pagi), Mia menghembuskan nafasnya yang terakhir. T________T memang dah tak tertanggung sakitnya. memang dah masa dia pergi. aihh, sedih tengok mak ayah dia. sumpah sedih gila. bayangkan seminggu lebih lagi nak raya, tiba2 kehilangan satu2nya anak diorang.
Ibu : Mia, Mia strong kan? Mia kuat kan?
Mia : *angguk*
Mia : Mia nak pakai kasut raya warna merah.
Ibu : ok, nanti masa raya kita pakai,k.
pastinya 31 Ogos lepas ni untuk diorang bukan untuk mengingati kemerdekaan, tapi untuk mengingati kematian..

Mia sebelum operation.
Al-Fatihah