Archive for the ‘Tentang Blog’ Category

Budaya Retweet (RT)

Tuesday, August 10th, 2010

sumber : sini

timeline aku kat Twitter, memang setiap jam ada yang RT blog (baca : promosikan link blog) kawan-kawan nereka. untuk tolong menambahkan trafik katanya. oklah, aku takde hal dengan orang yang dok RT 60 kali blog orang sekali pun. kenapa nak kena annoyed kan? bagus lah tu diorang tolong naikkan trafik blog kawan-kawan :)

tapi,dalam hal berkaitan aku. aku sangat jarang RT blog kawan2 aku. aku hanya akan RT benda yang aku rasa semua orang boleh mendapat info melaluinya. (perh. gila ayat skema! hahaha) and selalunya, sebelum aku RT, sure aku sendiri akan baca dulu. kalau takat cerita semalam pergi pasar malam beli getah rambut, memang aku tak RT lah T____T untuk  aku, aku rasa biar RT blog yang boleh bagi info kat semua readers. haaa. tu untuk aku lah. jangan sentap pulak baca statement ni.

dulu pernah orang tanya,kenapa aku jarang letak link update kat twitter. lol. aku sendiri segan nak letak hoi. kalau versi JJCM tu haaa boleh lah letak kan. untuk panduan bersama. kalau takat nak cerita hari2 makan nasi briyani kat Kapitan Keling tu, baik tak payah kan T___T kang ramai2 masuk blog aku, poyo je tengok takde benda pun. padahal orang beria-ia RT. sebab tu segan nak letak. nanti orang ni RT, orang tu RT (GILA PERASAN PUNYA AKU! hahaha) aku pulak rasa shy shy cat LOL.

dan dan, kalau perasan.. aku jarang berterima kasih kat certain2 person yang RT link aku. padahal dalam hati dah cakap banyak2 terima kasih dah. anggap je la sampai kat orang tu eh :p kadang2 benda baik kena la cakap/buat diam2. tak gitu mama? :p

pokoknya, nak buat sesuatu tu, biarlah keikhlasan tu di tempat yang pertama (okay,memang takde kena mengena dengan entry. hahaha) dan aku tak tahu kenapa topik ni berlegar-legar di kepala aku sejak semalam. padahal takde kena mengena dengan aku pun. aku tak annoyed dengan sape pun. ok dahhhhhhhhh!

anyway, selamat menyambut bulan Ramadhan! dan selamat berpuasa! oh ya, dan selamat ber-terawikh okay! :D

Left or Right

Sunday, August 8th, 2010

2 minggu kebelakangan ni (selama yang aku tahu), tumblr asyik down je T______T bila tengok kat twitter, oh ramai rupanya mat-mat saleh  mengamuk Tumblr down. orang kita, mungkin aku sorang ja yang bising2 kat twitter haha

aku pun love tumblr jugak. tapi tumblr bukan penyebab aku tido di siang hari. ini semua gara-gara korean movie and currently punya hobby adalah menonton DVD (padahal baru tadi tengok). hoho. but tumblr is a huge time waster jugak haha.

suppose to be gambar and quote ni sedih, tapi bila tengok rambut laki pompuan ni, aku nak gelak T________T ok2.tak kutuk ye. kira bagus la dia boleh lukis kan. dari aku ni, bukak je Ai, haram taktau ape.

really love the quote! :D

minggu doodles di Tumblr kembali lagi :p segala doodles comel ini adalah kepunyaan Chelly! :D

Play Again?

Saturday, July 31st, 2010

O Mai Gad! comel bukan? tangan tu kalau berseni, kau lukis bunga pun aku dah nampak super duper cantikkkkk! T________T  lagi2 kalau ada story yang sweet  and best bersama-sama doodles tersebut. aku pernah jumpa 1 blog ni. doodles dia, memang tak lawa and tak comel langsung! tapi, hari2 aku tunggu update dia, sebab even doodles dia tak comel, tapi story dia semua best2 dan selalu ada dialog yang lawak2! hahaha.

hari tu, saja godek2 Adobe Illustrator. konon, nak buat macam yang dalam tutorial lah kan. sekali, nak cari ellipse tool pun berzaman! T___________T gila bangang aku rasa.  sebab ellipse tool tu ada je. cuma aku kena drag sikit bahagian tool tu T________T lepas tu, terus tak bukak illustrator sampai sekarang hahaha.

baiklah, doodles pilihan minggu ini, asalnya dari http://andicakess.tumblr.com/ sila lah ke sana untuk melihat lebih banyak doodles yang comel! :D okay, have a nice weekend!

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky