Archive for the ‘Tentang Cuti-Cuti Malaysia’ Category

Oh La La Langkawi #2

Friday, August 6th, 2010

dari Penang ke Langkawi, amek masa 3 jam! kau expect nak buat apa 3 jam dalam Feri ni haaaaaaa? boleh pitam okay kalau berjaga! kiri kanan kau boleh tengok laut je. maka, aku ambik keputusan untuk tidur sepanjang perjalanan! Ijan pun sama. tak kuasa la nak bersembang gelak bagai atas feri ni, buatnya muntah darah nanti.

mentang-mentang lah masa ni feri kosong dan tak berapa ramai orang, mat2 saleh dengan pak2 arab main tukar tempat duduk je.pelik aku. tak boleh ke duduk diam-diam 1 tempat? aku bukak je mata, tiba2 ada anak pak arab sebelah aku  dok tido. lol. cuak gak aku. dah la tengah memeluk sang Nikky. hahha. okay, imagination aku memang over.

*pitam*

dari kejauhan.

dari kedekatan.

lepas dah booked kereta and hotel semua, (more…)

Oh La La Langkawi

Monday, July 12th, 2010

berikut adalah gambar random masa aku pegi Langkawi hari tu. err tak berapa random lah. ada beberapa benda yang aku tak pernah jumpa kat sini, tapi jumpa kat Langkawi :p

milo ais berikatkan getah. sekali, 3 getah abang tu guna. ingat aku nak main game getah zeropoint tu kot T___T aku tak pernah nampak plastik air diikat guna getah lagi setakat ni. atau aku je yang jakun. ada tempat sesiapa dia ikat guna benda lain ikat tak selain tali?

first time jumpa kuih ni. TOKIAW namanya. senang nak ingat sebab aku teringat TOKI si penyanyi tu. kawan aku cakap sedap. dalam inti apa entah, campur dengan kelapa sikit. aku kan mengada. makanan pelik sikit tak makan T___T

kuih bunga namanya. dalam dia ada kelapa. suka beno orang Langkawi ni dengan kelapa ye. makcik yang jual ni cakap ni kuih tradisi. err tradisi orang sana la kot.

macam Akok kan?alahai. lupa dah kuih ni nama apa hoi! hahaa. tapi dia bercirikan tepung je la. rasa macam manis2 skit KOT. kalau tak salah aku la. kitorang tak beli pun. tanya je lebih :p

huhu agak unik Nasi Lemak makcik ni. tak la unik mana. tapi aku suka tengok sebab nampak kemas and tersusun bila dalam cawan tu hahaa. okay lah nasi lemak dia. tak boleh lawan nasi lemak kat rumah aku ni :p

NI LAH KEDAI TUDUNG YANG DAH BANKRUP KAN DUIT AKU!  T_______T nak dekat sejam aku bertapa kat kedai ni. 1 shawl bunga2 dia RM5 saja okayyyy! mau tak meroyan aku. berbelas-belas aku angkut! hahaa.bila aku tanya pakcik kedai ni apa different tudung ni dgn tudung lain. dia jawab :

“beza dia, rendam basah,jemoq (jemur) kering. “  T____________T pakcik boleh mencuba nasib masuk Raja Lawak tahun depan.

muffin tersedappppppppppppp! haruslah muffin Kenny Rogers! :p

HAHAHA cerdik gila menatang ni. monyet ke kera ke aku takleh beza dah weh hahaha. hulur tangan mintak makanan tu T___T sebab hujung belah lagi 1 tak muat nak sumbat pisang.

aku suka gila gila gila inai macam niiiiiiiiiii! excited gila masa buat tu. lepas dah kering, sangat hampa sebab inai dia kaler koko rupanya T_____T aku ingatkan merah or oren terang tu. cisdel betul.

Short #3

Tuesday, July 6th, 2010

Pulau Langkawi.

selasa – khamis.

sampai jumpa lagi :)

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Selasa ( 07-09-2010 )
Imsak :5:45
Subuh :5:55
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky