Archive for the ‘Tentang Diri Sendiri’ Category

Unknown Number#2

Friday, September 3rd, 2010

rujuk entry ni.

tadi, masa sibuk dok buat almond landon kegemaran sekeluarga dan keluarga lain, henpon pun berbunyi menandakan mesej masuk.

sender : unknown number

Ney awek mat nip kew?

maka, dengan berbesar hati aku reply..

sender : aku

Sowie. salah nambew lew. tak kenal awak lew.

aku tak tahu awek mana yang guna number aku ni dulu sampai kena gangguan mental macam ni T__________T setiap kali bulan mengambang.setiap kali  tu lah budak ni mesej aku! dok cari mat nip. cari awek mat nip.

lepas ni, kalau dia mesej lagi tanya awek mat nip ke tak, aku bertekad nak jawab YA. tapi mestilah aku jawab dalam bahasa W! LOL.

benci tahu tak bahasa W tu? sangat menjengkelkan.

Ukur Kaki Di Tapak Sendiri

Saturday, August 28th, 2010

Dear blog,

minggu ni berderet-deret harinya tak lekat kat rumah. asyik mengukur kaki dekat mall kat Penang ni. asyik teman kawan-kawan shopping. sob sob. takpa, mintak2 hari ni boleh pergi menerjah segala sale yang nampaknya sudah bermula di mana2. hoho

khamis lepas, macam biasa Ijan datang.  kalaulah masa tu tak puasa, dah lama pi tala nasik kandaq Line Clear! (tiba2 keluaq loghat Penang hahha) so, before kitorang terjah PARAM kat Tg.Tokong, kitorang singgah dulu Taman Belia. lama sangat dah tak pergi. last dulu 2 tahun lepas kot. siap kena kejar dengan monyet lagi -___-

tempat mandi. aku tertarik dengan gambar ke 2. sangat cantik kalau tengok depan-depan.

tempat permainan kanak-kanak. yang bukan kanak-kanak sila bawak mainan sendiri.

kat Taman Belia ni, ada court main netball, ada court main bersama monyet T___T, ada jugak alat-alat exercise macam dalam gym! ciskek sungguh. lupa nak snap gambar. agak banyak jugak alat2 exercise tu sebab dia diletakkan di tepi-tepi jalan. maka, sesiapa ja boleh menggunakan benda alah tu. sangat sesuai nak jogging or hiking. ada jugak disediakan tempat main catur. catur kena bawak sendiri. over lah kalau ada chess kat situ sekali kan? haha. ada tempat yang pijak-pijak batu tu. apa eh orang panggil?  ada jugak tempat untuk memanah khas untuk ahli kelab . (OK TAK SURE DAH.MEMANAH KE MENEMBAK? HAHAA) dasar memory pendek kepala aku ni. kadang-kadang, ada aerobik secara berjemaah, oh ada jugak padang bola untuk para jejaka menawan. err err tu je lah rasanya. senang cerita Taman Belia ni taman rekreasi lah. sangat sesuai nak bawak family untuk beriadah ke. kawan-kawan nak exercise sekali ke. pasangan bercinta memang boringlah nak date situ. silap2, date dengan monyet=p sangat ramai yeee monyet2 berkeliaran T___T

lepas dah mengukur tanah kat Taman Belia, kitorang saje singgah kat Param Tg.Tokong. padahal masa tu baru nak dekat pukul 4. saja nak tengok kakak Ijan yang berniaga.

kegemaran orang ramai.

my favouriteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! sedap sangat sangat2 roti goreng kakak Ijan ni. dapat lah free 3 roti goreng daging! hihi. 3-3 aku makan sorang lol

selain di Param, kat pasar malam pun kakak dia ada jual. nanti kalau terserempak dengat kedai kakak ni, try lah rasa :p

lepas dah dapat makanan free hahaha, kitorang terus gerak ke Queensbay. budak 2 orang ni nak cari baju raya. aih, jalan2 masa puasa ni memang agak durjana. Queensbay tu dah lah luas dabakkkk! tapi layan kan je lah -__-

berbuka kat MCD. rasa macam no life. kiri kanan depan belakang asyik MCD ja! tapi habis jugak fries,burger and air haha.

Kompleks Bukit Jambul. our last destination

kalau nak cari baju raya, BJ adalah tempat paling heaven aku rasa. semua baju lawa-lawa. harga pun mau tau lah kan haha.lagi2 baju kurung readymade. tapi serius sangat sangat banyak kedai baju dalam ni! yang aku snap ni baru belah bawah. belum setiap tingkat lagi -__-

dear blog, taknak baju baru ke? :p hahaha tak kuasa dah aku nak godek-godek theme ke menatang apa. kita stay baju lama je lah ye blog lol

Jalan Bukit Kukus

Friday, August 20th, 2010

kenapa aku suka berada di kediaman Lone Pine,Jalan Bukit Kukus ini?

1) rumah aku memang betul2 atas bukit. antara 4 flat kat sini, blok aku paling atas T______T sesuai kalau nak meng-eksesaiskan diri turun naik bukit. aku suka turun ja.naik tak suka. actually ada lagi rumah atas pada rumah aku ni. nasib laaaa berek ni tak terletas atas nu haaaaaaaaa, kalau tak, memang comfirm, aku tak keluar rumah jalan kaki lol. memang jauh ke atas T____T

2) kalau masa angin ribut, boleh lah dengar angin menderu-deru macam gaya rumah nak tumbang. dah lah aku kat tingkat 8. kalau kat tingkat 17 (atas sekali), aku rasa lagi dasyat bunyi angin. seram gila! lagi2 kalau tutup sliding door. macam ada benda kat koridor tu nak masuk rumah.

3) dan lagi, bila angin ribut ja, SECARA AUTOMATIKNYA, pintu satu2 rumah akan tertutup dengan sangat kuat. ianya macam berirama ok! hahaha. lepas tu MESTI akan ada barang2 yang pecah. err rumah orang lain la. rumah aku takde barang2 kaca ni. pinggan je kaca :p bunyinya sangat bingit. tapi, itu lah yang akan mengingatkan aku tentang rumah atas bukit ni.

4) kalau bernasib baik atau buruk, boleh dengar orang macam main guli kat atas rumah aku. pukul 3-4 pagi pulak tu. anggap je lah anak jiran atas tengah main guli kan. kot sangap sangat nak main pagi2 ke T______T

5) ada makcik-makcik yang suka menjarum bawah rumah. tengah2 hantar anak pegi sekolah, sambil2 tunggu bas sekolah anak, dapat lah makcik-makcik tu anyam 4-5 ketul ketupat. tu tak kira lagi pagi petang kat gerai nasi lemak kat bawah tu.

6) nama jalan yang unik, JALAN BUKIT KUKUS. selalu menjadi bahan ejekan di sekolah dulu muahahha.

7) baru 2-3 hari puasa, dah ada orang main mercun. or aku boleh cakap budak2 ni main meriam buluh gamaknya! (*&^%$^&*()! sakit hati aku. rasa nak kudungkan tangan sekor2 okay! kalau ada orang tua sakit jantung ni, gamaknya, nyawa pun tinggal hujung2 dah kot. lagi2 yang main mercun dalam blok! bunyi diaaaaaaaaa, berdengung subhanallah!! bunyi macam ada orang kena tembak ok! memang bunyi 1 blok ni. anak polis mana takde bekalan mercun? LOL

8) ada mcd bawah rumahhhhhhhhhhhhhhhhh! itu lah satu-satunya tempat yang paling menggembirakan hati selain berada di rumah sendiri hahaha.actually takde lah bawah sangat, kena turun bukit then lintas jalan. kira 5 minit je la nak pergi pun :D

9) blok aku special sebab mempunyai lif yang gila T__________T. gila atau comel tak pasti. bila tekan je, 2-2 lif akan datang serentak. stress. lepas tu kadang2 1 lif je ok. lepas tu kadang2 lif suka black out sendiri! ramai dah orang stucked dalam tu. ngeri ok. dah lah kalau nak call out pun, takde line dalam tu.

10) agak-agak kalau tak dengar azan maghrib (buka puasa), boleh dengar siren bomba kat belakang rumah ni hahaha. bunyi siren je., comfirm dah masuk waktu berbuka. tahun ni, suara2 orang azan tu slow jee. kena keluar koridor baru boleh dengar T___T tu pun sayup je ha.

11) lagi best, kalau ada chinese buat function ke ape kan, perghhhhhhh, diorang punya konsert menyanyi tuuuu, kau lari ceruk mana pun kat bukit kukus ni pun kau akan dengar diorang melalak-lalak T__________T kawasan ni, majoriti cina. well, faham2 lah. memang stress. kadang tu sampai 2-3 pgi ok function diorang. sabar je lah. (macm lah boleh buat benda lain selain sabar). ok dah la tu. ikut hati nak buat 20 point hahhaa.

dari koridor aku boleh nampak,

aku memang ada masalah dengan posisi gambar. muahaha. herot manjang! ni blok depan.

mcd pujaan hati. bersinar ria di pagi hari :p

putih2 tu bukan hantu ye T_____T tu aunty2 cina tengah bertaici. tennis court, swimming pool tu, semua under club. club apa entah. diorang2 je tahu.

dari tingkat 8 kediaman Bukit Kukus :p berek polis ni 4 flat je. lain2 semua flat cina -___-

p/s : motif entry pasal rumah? T___T sebenarnya kepingin MCD. dah lama rasanya tak makan. ni semua gara2 ryehanna la semalam ni muahaha

p/s/s : gambar fresh dari ladang. pukul 7 lebih tadi :D

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky