Archive for the ‘Tentang Kenangan’ Category

Baju Tadika

Tuesday, March 9th, 2010

baju tadika aku.

18 tahun lepas.

kamu ada lagi? hahaha

baju ni memang cikgu tadika aku tempah khas untuk kami 1 kelas. sebab time tu ada event kena menari apa entah. menari kau! T______________T menari sambil main alat2 muzik.  kalau betul skala otak aku ni, aku rasa aku pegang kastenet.  (sila google kalau tak tahu apa benda.jgn buat2 pandai :p )

mak aku la ni simpan lagi baju ni. kenangan okeh. aku tangkap gambar ni dah lama. 3 tahun lepas rasanya. tengah2 kemas rumah,terjumpa baju ni. sampai sekarang ada dalam almari tu :D alahaii, teringat lah terngah menari-nari atas pentas tu hahaha. nasib gambar dah hilang, kalau tak, semua aku jaja kat sini :D

p/s : willing to share your kindergarten‘s memory? :)

alahai. 4-5 orang aku tanya KINDERGARDEN atau KINDERGARTEN :p semua jawab GARDEN. aku pun hampir2 counfused T_____________T

S.K Sri Aman,Kg Melayu,Pulau Pinang

Wednesday, January 27th, 2010

ada yang di antara mereka aku masih berhubungan. ada yang masih aku jumpa.ada yang aku dah lost contact. tapi sekarang kan teknologi dah canggih. hampir separuh kelas ada dalam list Friendster dan Facebook aku. aku rasa takat nak buat reunion tu dah halal kot. tapi, err taktau bagaimana nak bermula.

anyway,dulu kitorang semua sekelas. darjah 6 biru. tipikal betul guna nama warna.tapi its ok.small matter. kelas pertama tu okeh (tak bangga langsung).aku anggap fasa Darjah 6 ni adalah fasa paling terbaik pernah aku alami :) mungkin faktor sekolah dan cikgu2 :)

inilah mereka.selepas 12 tahun. selepas berbangku sekolah di SK Sri Aman, Pulau Pinang.selepas melalui zaman keanak-anakan.selepas era di sekolah rendah berakhir :)

sunway-lagoon-7

Izyana – ni budak pandai.memang antara budak harapan sekolah. dulu dia pengawas. a bit nakal dengan geng2 dia hahaha, but still cerdik. well, born to be genius :)

latest news – bekerja kat TM menara rebung tu. position,tak tau

n559507474_745115_6866

Nurul Masni Iskandar – dia ni sangat2 pemalu. dilahirkan dalam keluarga yang mmg educated. ayah dia mmg well-known dekat sekolah tu. tapi ayah dia bukan cikgu. tapi kenapa entah aku cakap ayah dia famous. ayah dia sangat bertegas bab study. patut anak pun pandai2 T_T

latest news – bekerja kat bayan lepas. tatau position jugak.

22669_1278895525565_1025332438_30871657_4847799_n

Abd Rahim- dia ni kawan baik time aku darjah 5 (rasanya) dia hensem wooo dulu (la pun hensem). aku tengok FB dia sekarang ni, makin berjinak-jinak dengan dunia photography :)

19664_101590263206017_100000651316283_45281_306760_n

Nurul Afifah Abd Rahman – hah, ni lah Ayu lepas kahwin dengan abe dia bulan 9 hari tu :p dulu time darjah 6 kitorg tak geng. dia kawan baik dengan Izyana (rujuk gambar atas sekali).. aku dengan Ayu banyak kawan lepas sekolah. err means, berkeliaran di waktu petang dan malam. kat sekolah kitorang bukan bff pun :)

latest news – bekerja sebagai polis dekat Cheras

17957_1308055869016_1459157976_2404929_7238430_n

Hafiz Kamaruddin- dia ni mmg lawak T__T sampai aku rasa nak hempuk lah jugak kalau dia buat lawak. dia kipas-susah-mati anime2 jepun. pandai melukis.dulu time darjah 6, dia mmg suka gila baca komik. satu geng dengan Kak Long (rujuk gambar bawah). best buddies diorang tu dulu

latest news- kalau tak salah,sambung degree dekat UITM Shah Alam.

16844_1077826682069_1718330013_143781_288631_n

Mohd Istikharah- dia ni mcm tak berapa nak ada dalam memori aku yg lepas2 hahaa. so tak banyak benda aku boleh captured pasal dia. apa yang aku tau, dia membesar secara hensem HAAHAHA. putih youuuu, and now, aku rasa dia tgh mendalami bidang photography ni. serius suka profile pic dia ni T______T

kejap.aku macam dah ingat. dia ni dulu sangat anti dengan sorang cikgu kat Sri Aman tu. cikgu Saadiah kalau tak salah aku hahaha.

16339_104344609581920_100000191431786_119346_7633836_n

Zakiah Rashid- time darjah 6 dulu pengawas. mmg sangat komited dengan tugas dia. dia ni jenis, errr mmg ikut cakap cikgu lah. ok,senang cakap agak skema. pandai.

latest news- akan berkahwin Jun tahun ni, I’allah :)

14638_104414399575344_100000203533757_116424_3055462_n

Noor Hidayu Tun Ali- dia ni sekelas dengan kitorang time darjah 5 Biru. tapi kena pindah Melaka atas sebab2 tertentu.aku consider lah dia sekelas dgn kitorg. aku mmg kwn baik dgn dia.dia baikkkk sgt. dia lawa. mmg ramai peminat lah time sekolah.

ada 1 perkara paling aku rasa budak2 kelas aku akan ingat pasal dia expecially lelaki. ikut hati nak tulis kat sini sebab mmg lawak gila. tapi fikir2 balik mcm memalukan Ayu ni pulak hahaa. jahat gila budak2 laki kelas aku dulu T___T i mean nakal. NAKAL tahap gaban.

latest news – Pegawai dekat salah sebuah jabatan kerajaan kat Melaka.

9629_1140391993241_1330660063_30386028_2057611_n

Mohd Fairul Nizam- dia ni memang pembawa nasi lemak paling tegar dalam kelas aku. tiap2 pagi mesti 1 kelas aku akan makan nasi lemak yang dia bawak. i mean beli dari mak dia yang berniaga lah. mmg sedap. tapi aku dah lupa rasa dia mcm mana :) dia ni agak laser jugak. haha.

latest news- baru lepas kahwin last month. dia pun adalah manager sushi king dekat Prangin Mall (kalau tak salah aku lahh)

6500_101979079813704_100000048388083_57519_8304207_n

Harnany Mohamad- ini memang kawan baik maaa. dia duduk depan aku ja time darjah 6 dulu. dia ni pendiam sikit, tapi akan banyak bercakap dengan orang yang dia kenal rapat ja.

next to her was Amar. ingat lagi  muka Amar. comelnya beliau! kawan baik jugak tu. tapi bila time Secondary School,bila selisih tak tegur pun T__T

latest news- ni latest news Nany la. penjawat awam dekat JKR Penang (kalau tak salah aku)

5856_1021716481473_1782032929_42500_8081226_n

Mohd Hadi- dia ni memang nakal nak mati T__T hahha, pengawas jugak. sangat sensitif bila org sentuh hal family. i mean kita pun sensitif tp diaaa, sentuh pasal mak dia, mmg makan penumbuk free. respect lah dia.

dia suka panggil aku wahidung T_________________T. ya,nama aku comel2 Wahida, dia panggil wahidung. (&*%$#@! last year pun masa terserempak dengan dia kat MCD bawah ni, dia panggil  aku wahidung T_________T.

tapi takpa.dimaafkan haha.

2_466152365l

Amanina Farhana- dia ni dulu time darjah 6 comel. sekarang tak comel,tapi dah lawa haha.hilang dah muka comel. dulu time darjah 6 pun pengawas jugak. aku selalu suruh dia belikan nasik Pak Abu kat kantin. ya lah, pengawas kan rehat awal 15 minit dari student biasa, hahaha. punya taknak beratur, semua kirim dekat pengawas. mentang2 kelas aku ramai gila pengawas T_T

latest news- sambung degree (kalau tak salah aku)

1_781275185l

Nur Asilah- dia n pun tak berapa nak ada kat memori aku sebab dia ni sangat pendiam. baik jugak :)

latest news- degree kat UM (kalau tak salah aku)

1_627312805l

Mohd Ammirul Razim- sangat famous dengan nama Ayoi. dia ni memang nakal jugak dalam kelas aku. dulu sangat comel. dah la kecik gila. sekarang dah besar ok. i mean,membesar dengan sehat dan hebat. dah berkahwin and ada anak perempuan. bini mat salleh. nama carolina. cantik gila bini dia T__T

latest news- tinggal kat oversea KOT

1_595326007l

Nik Nur Anas- budak lelaki ni adalah budak paling manis dalam kelas aku. serius.muka mcm ada gula2 ja. tak berapa byk nak ingat pasal dia sebab dia pun masuk kelas aku time darjah 6. tapi last 2 years, aku jumpa dia kat Mid dengan gf dia. boleh tak tegur? haha. aku tengok je padahal lalu sebelah. biasalah, segan kannn.

latest news- dah jadi penolong pegawai perubatan (kalau tak salah aku)

1_529821187l

Noor Syazwani- dia satu kelas dengan aku sampai darjah 4 ja. 4 Biru. aku consider lah dia akan masuk 6 Biru jugak kalau sampai darjah 6 dia sekolah kat Sri Aman haha. ni anak ustazah. mak dia adalah seorang ustazah yg sangat disayangi oleh anak2 muridnya.

latest news- baru habis degree.

1_467136760l

Syuhada- ni anak cikgu Fauziah yang ajar Sains kat Sri Aman. serius lupa mak dia ajar apa tp kalau tak salah aku Sains la kot. dia ni banyak cakap jugak. ingat lagi dia duduk kat depan sekali. barisan ke-2 dari tingkap haha. ceyy, ingattt. aku ada jumpa dia time PLKN 2005 dulu. sembang gitu2 je. biasalah, semua takkan sama mcm dulu kan? :)

1_430813065l

Siti Nurul Amalina-  tapi orang panggil dia Kak Long.ni lah aku rasa kawan aku paliiiinggggg lama. dari tadika ok kami kawan.tadika sama2.jalan ke kantin pegang tangan. menari atas stage sama2 T__T comel kannn? dia masuk Sri Aman since darjah 5. dia ni famous sebab English dia superb. selalu masuk pertandingan telling story., hahhaa. dia jadi pengawas time darjah 6. wahh lagi famous. aku rasa dalam sekolah tu, dia lah paling ramai adik angkat. hari2 ada ja surat sampai nak ambik jadi kakak angkat T___T tak boleh blah hahaha

latest news- sambung degree dekat UTHO

1_207222102l

Nur Fazilah- serius lupa mcm mana eja nama dia.hahaha. dia ni sangat pendiam dalam kelas. muka ada riak garang2 sikit. dulu dia siap buat bisnes dekat dalam kelas haha. mmg laku lah. mak dia ada jahit mcm cross stitch utk dibuat key chain. i mean kita boleh order nama kita, then mak dia jahitkan lah. mmg laku ok. ramai yang order *now wondering mana aku campak aku punya nama*. kecik2 dah pandai buat bisnes :)

1_228993373l

Mohd Jasni- si budak kacamata ni pun pendiam jugak. dia ni banyak cakap kalau dengan laki ja. aku rapat dengan dia time darjah 1. wahh kuatnya ingatan aku T___T, selalu beratur sama2 dengan dia. cehh,darjah 1 pun dah pandai skandal. menyampah! hahaha

latest news- kerja dekat PERDA pulau pinang (kalau tak salah aku)

10534_103395063004741_100000027441221_90023_5898183_n

Mohd Ikhwan Abd Wahab- HAHA kesian member. aku lupa dia sekelas dgn aku. bila dia bgtau kat FB, terus aku edit.aku ingat dia kelas 6 Hijau :p okk. time darjah 6,aku biasa2 ja.tak lah baik sangat.tp yg aku tau dia ni loqlaq sikit T__T suka gelak hahhaa.

latest news- ada kat Miri. tak sure kerja apakah. part time photographer jugak kot :)

1_644256045l

Mohd Anas Abd Aziz- budak ni pun aku baik jugak. duduk depan aku ja time darjah 6. pengawas jugak. gila.depan aku Anas,sebelah Azdi,belakang aku Hadi dgn Ganesh. semua pengawas! HAHAHAHA. apakahh? kelas tu mmg ramai gila pengawas.baik lantik je satu kelas jadi pengawas terus. dia ni kaki bola.hidup makan minum semua bola ja lah. dia ni antara yang paling ramai diminati dekat sekolah sebab dia adalah sangat comel dulu. dengan gigi susu dia yang teratur hahaa. eh comel.serius. now dah lost contact. nak dekat 3 tahun dah kot. malas lah ulang cerita lama.buat sakitkan hati ja :)

latest news- penjawat awam dekat Penang.

0_938515573l

Asaihul Azdi- my sweeeeeettheat <3 HAHAHHA. gila apa! dia ni memang kawan baik aku since darjah 1. dia baik.walaupun mulut longkang. sekurang-kurangnya dia tak mulut bangkai mcm adalahsorangbudakkoleaku. yg aku pelik.hantu2 dia pun,dia dapat jadi pengawas time darjah 6. duduk sebelah aku lagi. ceh,mcm aku takut sgt dengan pengawas hantu mcm dia? haha. aku ingat lg. Cikgu Norliah yang suruh Azdi ni duduk sebelah aku. Cikgu suruh aku guide Azdi ni sebab nakal sangat T__T oh,memories. dia ni tukang rampas rubber budak2 time sport check. balik dari sport check tu, dia bagi aku setengah rubber yg dia rampas tu lepas tu ajak aku celen rubber T___T HAHAHHA. sengal *tears* dengan dia, aku paling banyak kenangan. sampai sekarang still contact even sangat jarang. kalau dia datang Penang, sure akan lepak kat rumah aku T___T ..   see.dekat dia caption bukan main paling panjang. sungguh lah rindu kat dia.

lates news-kat Perlis kot. jobless. HHAHA tadi kata kawan baik,la ni taktau pulak dia buat apa.

wee

ni penulis blog. cintakan kawan2 darjah 6 beliau. semoga kita dapat ber-reunion 1 hari nanti, InsyaAllah :)

latest news- duduk di rumah sambil update blog,FB dan Twitter.

setakat ni,ni ja lah yang aku dapat detact. ada lagi sebahagian dari kelas aku.. Arif,Amar,Farah Mas,Tang Wane Ling, Zuraidah, Dinesh, Ganeshwaran, Syamil, Ain,Azmir,Hafiz Jamhuri….  setakat tu lah yg aku ingat. serius dah tak blh nak recall lagi siapa penghuni 6 Biru. tapi seriously, sekarang ni sangat berharap dapat contact balik dengan Arif :) lost contact dengan dia since Form 1. di manakah anda?? dah jadi ustazkah sekarang? :p

sekian entry Memory Lane Mode dari aku.

6 Biru,1998.

p/s: watermark di dalam gambar mereka (kecuali gambar aku) adalah bukan bermakna aku yang snap gambar tersebut. aku tak claim itu gambar aku. aku saja letak untuk menandakan err mereka berada di dalam zon Memory Lane aku. harap maklum

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky