Archive for the ‘Tentang Penang’ Category

Untuk Orang Jauh Itu.

Thursday, July 1st, 2010

kehadapan saudari Izyana, entry ini ditujukan khas untuk anda yang berada jauh di KL. yang dah 2 bulan tak balik Penang tanah tumpah darah kita. HAHAHA.

semalam, telah dengan semangatnya pergi makan Nasi Kandaq dengan Ijan kat Nasi Kandaq Beratur. at lasttttttt! dapat jugak makan kat sini. kedai Nasi Kandaq beratur ni start bukak pukul 10 malam ye tuan-tuan dan puan-puan. pukul 9.30 pun orang dah start beratur dah hoi! T_________T termasuklah aku dengan Ijan.tu pun kitorg barisan tengah-tengah ok!  bayangkan orang first beratur tu datang pukul berapa la :p . punyalah panjang orang beratur. sampai kitorang habis makan pun, tak henti2 orang beratur hahaa. mmg rare. (err rare ka?)

punyalah tak bukak flash sebab segan nak mati. tu gambar gegar2 ni T__T. tak-tak. aku tak reti setting sebenarnya T________T

tadaaaaaaaaaaaaaa! sedap gila nak mati. (jeling-jeling Izyana)

Izyana, dont worry, Nasi Kandaq Line Clear tetap terbaik setakat ni! HAHAHA sebab ada papadom. kedai ni takdak papadom rasanya hoi! tapi memang sedap gila lah kari dia. selamat berkempunanlah sepanjang berada di Kl ye makcik. muahaha.lepas ni aku buat entry aku makan kat Kapitan Gurney pulak okay? HAHAHA. okay, mesti hang maki aku berbaldi-baldi.

comel. sila dapatkan di Tesco dengan harga RM3.99.

Hard Rock Hotel,Penang (Seaview)

Friday, April 9th, 2010

kalau ada sesiapa masih ingat, 2 bulan lepas, aku dikehendaki membuat task kawan aku. dia mintak tolong aku setupkan bilik untuk dia surprisekan bff dia for her birthday. heh,setup lah sangat. menggelupur gak aku buat sorang-sorang dalam bilik tu. dengan masa yang sangat terhad. aku dah lah tak reti nak buat bilik jadi ala-ala birthday party ni. memandangkan orang nya pun 2 orang je T______T . maka,layan kan je. sepertimana yang kalian tahu jugak, acara berlangsung di Hard Rock Hotel,Penang. Seaview ok! nganga tengok bilik. not bad lah. tapi aku tetap rasa tak berbaloi,maybe sebab aku duduk Penang kot? :D oklah, kita tengok gambar ja lah. without caption ye adik-adik. tak reti nak explain panjang2 :D

entah apa lah motif dia buat sliding door antara katil dengan bilik air. hahha. geli je. mandi pun nak kena bukak pintu semua eh? (lain lah laki bini). anyway, aku ni tak berciri otak kreatif when it comes to setup2 bilik macam ni. masa terhad,barang pun terhad, susah nak fikir. aku main bantai je semua ni. gile ah, siap ada reben dekat bantal tu T______T hahaha macam nak berhoneymoon ja padahal bff je pun. kawan aku kata,bff dia mmg surprise gila gila tengok bilik tu :D muahaha padahal dah masuk dah before tu. siap tipu aku yang book bilik tu. aku? mati hidup balik pun macam tak  mungkin ja :D

oh ya, harga bilik untuk Seaview ni adalah RM499 ++ ye per night. standard la. asal seaview je memang mahal gila T___T  takpa. kawan aku kaya lah kot time tu. sanggup berhabis untuk best friend. haha aku pun tak berkira dengan kawan baik aku. tapi, kalau ada 1 je kawan baik mungkin lah boleh gagah lagi. habis, kalau semua kawan baik macam mana kan? :D heeeeeee. tapi,apa pun glad sebab diorang 2 suka dengan surprise tu even macam messy ja aku buat bilik tu :)

sebenarnya,ada lagi sambungan lepas habis surprise untuk bff kawan aku tu. hahha tapi, tak payah cerita lah. tujuan aku tulis line ni sebab esok esok bila aku baca balik, aku ingatlah apa yang terjadi sebenarnya :D maaflah ye. bendanya berlaku 2 bulan lepas.baru hari ni nak share gambar. baru dapat gambar lah katakan T_________T

ok, have a great weekend,guys! :)

Laksa Janggus

Wednesday, February 17th, 2010

last 2 weeks, aku dengan Ijan pergi area Balik Pulau sebab nak ambil cupcakes dari sorang kakak tu. jauhnya T____T, lalu belakang rumah aku je ni ha kalau nak pegi Balik Pulau. jalan dia bengkang bengkok macam nak pergi Batu Feringghi tu ha. first time lah aku pergi Balik Pulau rasanya. OMG. aku rasa macam masuk 1 negeri yang namanya tak diketahui.

nak pergi rumah kakak cuppies tu pun nasib baik senang ja. then, baru teringat ramai sangat sangat orang cakap pasal Laksa Janggus dekat balik Pulau ni. even my mom and dad pun. maka, kami meneruskan misi perjalanan ke Laksa Janggus ni. mak ai, jauh la jugak dari rumah kakak cuppies tu. dah la area tu mcm masuk negeri lain. nak ke tempat Laksa Janggus ni pun mcm masuk 1 daerah lain T___T nasib tepi jalan je.

jadi,kitorang pun beli lah berbondong-bondong laksanya yang dikatakan sangat sedap dan masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

3.30 ptg – 7.30 malam. dan ditutup pada hari rabu

mmg full house!

sebelah laksa ada goreng pisang,sebelah tu ada mihun/mee sup.

laksa yang dipacking siap-siap. memang beratur orang nak beli

RM2 ye untuk sebungkus laksa

my god! baru tahu ada pemandangan cantik dekat bukit2 nak ke Balik Pulau tu! ahha. pemandangan menunjukkan area Balik Pulau :p errr ye ke?

jujur lah aku cakap. laksa tu sebenarnya biasa-biasa saja. cuma,kuah dia manis sikitlah. sedap lah jugak.knowing me, aku mmg tak makan laksa kat kedai-kedai luar. kau bagi aku laksa shack pun aku tak makan. hahaa. eh bukan statement berlagak ye. tu memang hakikat. tapi disebabkan 1 Malaysia cakap best, kami pun try lah.  aku agak, yang sedap tu bila makan kat kedai tu sendiri kot.

tapi, goreng pisang dia memang terrrrrrrrrrrrrrbaik!! hahah eh tapi yang kat Shah Alam tu lagi terbaik ah :p ni kedua terbaik :D

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky