Archive for the ‘Tentang Pengetahuan’ Category

SMS Ke DAPAT

Thursday, May 20th, 2010

tadi, tengah borak-borak dengan si Qas kat YM. pasal kisah feed-feed ni. sebab ada sesetengah blog tak boleh dibaca melalui Google Reader. tiba-tiba aku cakap lah kat dia, ON FEED hantar ke 66999 . lepas tu Qas tak setuju. dia cakap ON FEED hantar ke DAPAT. HAHAHAA. okayyyyyyyyy. aku pun gelak-gelak lah. then dia sambung.

“dulu  aku tak tahu dapat tu ape .aku tanye hb aku  camne la  dorang nak tahu dapat tu nombor nye brape  ke dorang satu mesia ni mmg tahu DAPAT tu nombor phone nye bape. aku  sorang je ke tak tahu?  pastu hubby aku explain suruh tgk kat phone  then eja dapat T_________T “

okay. fineeeeeeeee. sebab aku sendiri baru tahu HAHAHAHHAA. dulu pun ada rancangan DAPAT kat TV3. aku pun pelik gila. pelik yang teramat. tapi tak pernah terfikir nak tanya orang ke, tanya kawan ke. SMS ________ ke DAPAT. yang aku ni, eh macam mana nak sms ke aksara yang bukan berbentuk nombor? boleh ke send terus ke ejaan DAPAT. bukan kata eja, rasanya masa nak send tu, memang default setting kat handphone adalah number kan? ke memang semua orang tahu berapa nombor DAPAT tu sebenarnya LOL . tapi aku ni malas lah nak panjang-panjangkan benda yang aku musykil. sebab takde kena mengena dengan aku. sebab aku pun takde kerja nak sms ke DAPAT tu.

okay. sekarang dah tahu. bagi sesiapa yang tak tahu, boleh lah, ADUAN ANDA dan hantar ke keypad-korang-tu-korang-eja-lah-perkataan-DAPAT. atau dengan erti kata lainnya 32728. T_______________T adakah aku orang paling terakhir tahu pasal bendalah ni dalam dunia??? kalau korang tak tahu, baik mengaku. supaya aku tak terasa aku orang paling jahil dalam dunia ni HAHAHAHA.

okay.sekian column sharing is caring dari Cik Yonna :p

Apabila Mimpi Yang Menakutkan

Friday, April 23rd, 2010

apa yang anda perlu lakukan :

1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali).
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya (3 kali).
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya.

Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun

okay.suka point ini. aku ni suka ja tapi tak mengamalkan pun heee. selalunya (diri aku sendiri), kalau aku mimpi buruk-buruk, mimpi orang mati, mimpi bunuh orang (sumpah.ini mimpi paling ngeri sepanjang hayat) , aku akan ceritakan dekat orang. at least seorang dua yang rapat dengan aku. aku mcm tak senang nak simpan sorang-sorang. takut mungkin? tapi kalau takat mimpi makan Pizza Hut ke, tak payah lah nak cerita kan? T___________T mau makan penampar kang hahaha.

and one more, aku kerap mimpikan orang yang sama. lagi2 kalau dlm tempoh tu memang aku rapat dengan orang tu. asal tido je mimpi orang yang sama. LOL. mimpi sedih2 pulak tu. hahaha (taktau kenapa kena gelak) . tapi aku anggap mungkin sebab kita rapat dengan dia, dgn dia la hari2 kita dok ber-contact. so memang logik akal lah kalau kita asyik mimpikan dia :D

actually, kenapa kita tak boleh cerita kat orang? ada sesiapa boleh huraikan tak?


Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian

“Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku”

aku selalu terkejut masa mula-mula nak tidur. err macam terpijak kulit pisang,lepas tu macam nak jatuh tapi tak jatuh T___T.  lepas tu terus terkejut. jantung macam nak pecah je rasa. adakah semua orang mengalami pengalaman yang sama?

okay lah.sharing is caring heee. have a great weekend,guys! :)

credit : doa harian

Sharing is Caring

Friday, February 12th, 2010

disebabkan perbualan kat atas lah yang mendorong aku buat status FB apa maksud T__________T.. aku nak tengok mungkin ada org lain fikir itu ikon lain selain dari menangis. sebabnya,untuk aku, dan mungkin sebahagian besar yang lain, T________T bermaksud menangis.

aku tak berapa nak nampak ikon ni menunjukkan senyum atau gelak. hahaa.. serius tak nampak. tapi, kita mana boleh nak expect orang lain akan fikir sama kita kan? mungkin dia ingat T tu adalah telinga. __________ ni pulak as mulut kan? kan?

LAGI SATU

HAHAHAHA kau tak agak2. ada ke ucapan takziah kau bagi sekali dengan LOL??? nak mati awal ke kak??? ya Allah! mati semput aku gelak on that day YM dengan Kak Bedah ni.

kalau tak faham maksud,kau jangan tulis. silap2 mengguriskan hati penerima mesej tu. sudahlah baru kehilangan ayah dia. boleh pulak kau letak LOL?? sabar je lah.

kawan aku ni lagi lah T________T hahaha.

tujuan entry ni bukan nak meng-gelakkan pada mereka2 yang  tak tahu maksud2 dekat atas. tak. tak sesekali. tapi sharing is caring kan? :p aku pun bukan tahu semua benda. kadang2 benda paling basic pun aku tak faham dan tak reti.

contoh terdekat lah.ada dalam entry blog lama aku. time zaman chat MIRC dulu. bila dah end conversation, orang tulis n (as in end conversation), aku yang bodoh piang ni boleh pulak tanya, n what? tak ke aku rasa nak hempuk je aku sekarang ni bila ingat balik? hahaha. innocent i ok :p so, sama jugak lah macam kes kat atas ni :p hee. lama2 esok pandai lah kome ye.

dulu aku tak tahu LMAO tu apa. baru 3-4 bulan lepas je aku tau. kesian gila. selama ni jakun lah orang dok type LMAO dekat twitter atau dekat komen2 kat youtube. last2 aku google. ohh tau dah.sila lah google untuk mencari jawapan hehe.

jangan salah guna ayat untuk keadaan yang salah ok :p

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky