KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN

*********************

edited : terima kasih pada semua pengkomen dalam entry ni.  ada yang komen dengan sangat bernas sekali. i LIKE 40 kali okay! tadi telah go through satu-satu komen haha. memang semuanya ada point dan logik di dalam setiap isi komen anda :)

apa pun, aku ikhlas dengan review tanpa kasihan ni. tak perlu nak jaga hati mana-mana pihak. lagi2 untuk sebuah filem yang aku rasa 1 Malaysia nanti-nantikan. aku tak menyesal tengok sebenarnya. sekurang-kurangnya aku boleh lontarkan hentaman aku kat sini untuk berkongsi pendapat. bukan buat entry bodoh tanpa tengok filem tersebut terlebih dahulu. kau tengok,kau nilai sendiri. kalau kau cakap best, best lah. kalau macam aku, sampai sekarang aku frust dengan filem ni. heh, kalau tayangan ni bolot juta-juta pun keuntungan, aku rasa orang berpusu-pusu nak tengok sebab semua mengharapkan filem ni BEST macam novel dia. bukan full house sebab BEST. AKU RASA LAH. kalau tak betul, tak pe la :) HAHAHA. aku annoying kan? LOL.

anyway, aku respect dengan pendapat orang lain. kalau kau cakap movie LBS ni best sampai tengok 80 kali pun tak bosan,okay then. aku faham kau suka filem ni. tapi, boleh tak jangan nak cakap macam-macam kalau ada orang hentam filem LBS macam dalam entry aku ni atau entry sesiapa?  jadi jangan meroyan kalau orang cakap tak best. ada faham? tak payah nak sindir-sindir entry aku ni dekat kawan-kawan kau ke, blog kau ke, ape benda menatang lain ke. kau emosi lebih-lebih bila orang cakap LBS tak best tu apa pasal? dah memang tak best langsung untuk aku, takkan nak bagitau BEST jugak? haih, jujur susah. hipokrit pun susah.

kita-kita adalah lain-lain.

p/s : mode bercuti masih turn on sampai jumaat :p sesiapa yg belum tengok LBS, dipersilakan lah tengok ye. nak hentam boleh datang blog aku. nak LIKE LBS, boleh pergi LIKE kat status Fan Page Lisa Surihani dan Farid Kamil. sekian.

*********************

see. CAPS. maksudnya aku tengah emosi. maka, filem ini akan direview oleh aku dengan tanpa kasihan langsung.

cinema almost full. siap diorang bukak panggung first lagi and itu lah cinema paling besar dalam GSC tu. and aku macam dapat rasa aura semua ada high expectation untuk filem LBS ni. tapi, in the end serius aku rasa frust gila babi. semuanya tak berkesan kat hati aku. semuanya tak seperti yang aku harapkan. mari review para pelakon dulu.

Farid Kamil (Kasyah)

well, macam yang aku cakap sebelum ni. aku memang tak berkenan si FK ni jadi Kasyah. aku cuba cintai watak dia. CUBA ye. CUBAAAAA lihat dia sebagai Kasyah! malangnya, tiada aura Kasyah pun weh. seriusly. ni untuk aku lah. si FK ni tak baca novel dulu ke before lakonkan watak Kasyah tu ha? ke memang dia  tak layak langsung jadi Kasyah? bila aura Kasyah dah hilang, apa lagi yang kau nak harapkan dalam filem ni?

Lisa Surihani (Ayu)

beliau menjayakan watak Ayu dengan agak baik. memang sesuai gila lah watak Ayu dengan dia. lemah lembut, ayu. cantik apa semua. MALANGNYA, she was trying soooooooooooooo hard bila part sedih-sedih, marah-marah malangnya 1 pun tak berkesan kat hati aku. kalau ye pun air mata kau tu palsu, kasi real la weh. bengang gila. ni dah la air mata palsu, nangis pun macam buat-buat. nasib beliau lawa. lawa gila!

Que Haidar (Azmi)

watak mamat ni asyik menjerit je ha. hahaha.  tapi memang berkesan lah watak Azmi ni. memang pemarah, kaki pukul semua. terbaik lakonan dia. lagipun watak-watak jahat semua tu memang dah biasa beliau lakonkan. so, tiada apa yang luar biasa.

Shikin apaentahnamadia (Ayu-2)

beliau ni pelakon baru. sorry to say, lakonan beliau hanya men-spoilkan watak Ayu yang telah diperbaharui wajahnya. macam kaku. macam tak menjiwai watak Ayu yang mencintai Kasyah. dan watak dia masa hilang ingatan tu lagi tak boleh blahhhhhhhhhhhh!

Fazura (Katherina)

dia ni lah watak yang paling lekat dalam otak sebaik saja aku habis tengok movie ni. sebab dia lawa gila hahaha. tapi aku tak pandang fazura sebagai Kate. aku nampak dia sebagai “dia sendiri”. tiada elemen Kate pun yang dia jayakan.

Raja Farah (Suzana)

LOL. minah ni menangis fake gilaaaaaaaaaa! tak banyak yang aku nak huraikan watak dia sebab ada beberapa slot je pun scene dia. tapi watak dia biasa-biasa ja lah.

boring.

mengantuk.

watak semua tak berkesan.

fake.

masa mula-mula cerita, aku macam rasa best sikit part Kasyah letakkan cicak dalam coke, part diorang kenakan cikgu Loga dan Siti. masa tu ja aku rasa best. dan 2 part tu saja yang menunjukkan KESETENAN si Kasyah. hoi! 2 peristiwa saja okayyyyy! jadi apa motif kau buat filem LBS kalau benda2 setan kau buat 2 je? 80% semua plot cinta. mana elemen2 persahabatan antara Kasyah, Sapi, Man dan Cincai? dan aku hampir-hampir lupa Kasyah ada 3 orang kawan dia. plot diorang sama sangat sangat sangat sikit! siapa Sapi, siapa Man, siapa Cincai pun aku tak tahu! dalam movie ni, semua berlakon pakat tak sebut nama.

ada 1 part agak tak logik.

part Ayu bagitau Kasyah yang dia dah terlanjur dengan Azmi. suppose moment itu jadi sedih sebab Ayu memang nak tinggalkan Kasyah sebab Azmi datang balik. TAPI dalam movie tu, lepas je Ayu cakap dia pernah terlanjur blablabla kat Kasyah, terus diorang dating bercinta-cinta, peluk2. doesnt make a sense! ikutkan, masa tu memang Ayu dah tinggalkan Kasyah. surely lah part sedihhhhhhhhh. tapi jadi kelakar pulak.

part muka Ayu terbakar.

sumpah lawak time niiiiiiiiiii! padahal, masa dalam novel nangis2 aku baca part Ayu nak ubah wajah dia. masa ni, muka Ayu memang teruk terbakar dan habis berbalut muka dia. plus dia mcm pakai shawl kat kepala dia. tak tahu apa motif. aku yang tengok muka dia pun punya gelak gilaa T________T. mamat-mamat yang duduk depan aku semua cakap”macam hantu bungkus” hahaa. lawak muka Ayu time tu. dan aku rasa moment tu patut jadi antara moment yang tersedih. malangnya,aku ketawa tengok muka Ayu macam hantu bungkus dah.

plot-plot cerita.

inilah yang paling berbaloi untuk menitiskan air mata berdarah. messy gila jalan cerita dia. kalau kau tengok movie ni, kau akan dapat rasa semua plot ada tiba-tiba.

  • tiba-tiba Kasyah jumpa Ayu terus bercinta.
  • tiba-tiba lepas kahwin, terus Ayu kena pukul dengan Azmi,then Ayu terus accident.
  • tiba-tiba mak Ayu-2 (merujuk Ayu yang telah berubah wajah) datang rumah nak duduk dengan Ayu,then Azmi datang pukul Ayu, terus hilang ingatan.
  • tiba-tiba jumpa Kate,kerja dengan Kate and masa wedding Kasyah dengan Ayu, Kate datang siap sedih-sedih! masalahnya,sebelum tu takde pun tunjuk part Kate suka Kasyah?
  • tiba-tiba Kasyah kena pukul dengan Hisyam then Kate marah Hisyam.sedangkan Kasyah dengan Kate takde tunjuk aura-aura bercinta pun. jadi, mana relevannya Hisyam nak pukul Kasyah?

TIBA-TIBA kat sini maksudnya, out of nowhere tiba-tiba ada plot ni. tak sempat nak feeling yang sebelum tu pun.

aku agak director filem ni (Sharad Sharan) dah bajet agaknya semua orang pernah baca novel Lagenda Budak Setan. macam kawan aku tadi, dia agak tak berapa faham dengan jalan cerita ni. bila aku dah terangkan macam dalam novel, baru dia faham. kalau tak, dia sendiri tak tahu yang Ayu saja reka-reka cerita dia dah terlanjur dengan Azmi sebab taknak Kasyah taruh harapan pada beliau. kalau tak, kawan aku takkan tahu yang Kate dan Kasyah pernah suka satu sama lain and that’s why Kate sedih masa Kasyah kahwin dengan Ayu. dan siapa yang tak baca novel ni takkan tahu yang Ayu sebenarnya dah pulih ingatan  balik sebelum dia meninggal (masa dia tumpah darah lepas lahirkan anak dia)

aku tahu bila filem diadaptasi dari novel, memang tak mungkin 100% sama. tapi, aku rasa disebabkan 100% tak samalah, aku  frust gila bila tengok. sejam pertama pun dah boring gila. mungkin sebab larut sangat dengan novel dia :) sayang, karya Ahadiat hancur macam tu ja. filem ni tak boleh dijadikan Lagenda langsung sebagaimana novel dia T_____________T

FK gagal menjiwai watak Kasyah sebagai pencinta wanita yang paling setia. gagal menjiwai watak setan Kasyah. gagal jadi gangster. gagal jadi presiden dalam group kawan-kawan diorang yang anti perempuan. dan yang pastinya, FK memang gagal untuk menjadi the real Kasyah dalam novel Lagenda Budak Setan.

ini review ikhlas dari aku. aku tak reti nak review dari segi gambar ke, penataan cahaya ke, apa menatang ke. yang pastinya, 3 tahi bintang untuk filem LBS dari 10 tahi bintang. jangan terpedaya dengan review emosi aku. (sila abaikan title entry hahaha) korang pergi tengok sendiri. kalau sependapat dengan aku, boleh lah share dengan aku ok? :)

setakat ni aku tak jumpa lagi review yang cakap LBS ni best gila sampai kena tengok 8 kali kat wayang LOL. walau apa pun, OST dia memang terrrrrrbaik!oh ya, durasi filem ini 2 jam ye. selamat menonton! :)

Sharad Sharan, jangan sambung bahagian 2. i am begging you!

********************

Tags: , , , , ,

121 Responses to “KENAPA ANDA TAK PERLU MENONTON FILEM LAGENDA BUDAK SETAN”

  1. ida says:

    LBS…xde lah best mane…
    Citer biasa2 jer…mmg sgt biasa…

    lisa surihani…kena jiwai lg kot…fake gle nangis n tiada airmata…huhuhu…suzana plak nangis beria2 tp airmata mcm tipu jer..selambak…=)…

    farid kamil ok2 jer…tp cam poyo plak…yg pelakon baru tu xbesh lgsg….sgt x best bile scene lisa surihani d tukar ke pelakon lain..huhu…

    but thumb up kt que haidar….suma scene dia mmg besh…gempak…!!!!!

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    bab nangis mmg fake gila. lagi satu masa dia marah kat Azmi tu. LOL. kelakar gila tgk muka marah dia. sebab she was trying too hard and too bad tak berkesan.

    que kan mmg sesuai watak baran2 ni hahaha. suit him.

    FK mmg poyo. ahh benci ah dia bawak watak Kasyah.

    [Reply]

  2. Izan says:

    sememangnya saya pun amat meminati penulisan ahadiat akasyah, jadi saya akan tetap tengok cite ni sbb nak tolong abg ahadiat, maklum la sekarang ni beraada dalam kesusahan dengan cara ni kita sebagai peminat nak menolong dia….
    Saya reda klu cite ni tak menepati kehendak didalam novel sbbb bila dlm filem persepsi org semuanya berbeza. Kita tak boleh salahkan mereka sbb skrip bukannya abg ahadiat yg tulis.

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    nak salahkan pengarah filem ni T_______T tapi, mungkin betul lah cakap awak. saya nak tukarkan niat saya tgk LBS hari tu sebab nak tolong AA. kesian dia. muflis :(

    [Reply]

  3. setuju says:

    hi, aku terserempak blog ni bila tgh cari sape nyanyi lagu yg dimainkan kt ending drama KITA. tp bukan lagu stacy tu yg aku nak. anyway, tajuk entry ni menarik perhatian aku utk mengklik. aku setuju review anda. bila tengok teaser lam youtube mcm menarik je sume scene yg bakal ditayangkan. pastu aku google cari sape tuan director. bila aku tgk history movies yg dia penah direct, aku dah agak LBS xkan mencapai tahap yg peminat novel LBS nak. aku rasa kalo bg Khabir Bhatia, kompem satu panggung tu banjir..dgn air mata la..ramai yg ckp FK xsesuai pegang watak Kasyah. tambah plak dlm paper asyik btau dia sendiri bukan mat jiwang. kononnya kalo watak Kasyah tu dia berjaya buat, kira mmg bagus la lakonannya. tp aku dah agak dah FK failed. sbb selama ni pun xde lakonan dia yg berkesan kt mata aku. dgn muka dia yg kurg licin, aku rasa baik dia keje belakang tabir je. papepun, aku suka baca review anda ttg filem ini. kalo aku nak tgk filem Melayu kt panggung, aku cek dulu sape director dia. pelakon dia blkg kira. dan sah2 pebret director aku adalah khabir bhatia dan sorg lagi wan hasliza (drama/telefilem). ramai lagi yg bagus. mcm afdlin shauki and yusri kru (abg CGI kita). aku sebenanya x tgk pon profile anda dan terus berminat utk melontarkan komen aku jgk. nampak mcm anda seorg pengomen tegar rancangan tv/filem yg ditayangkan di negara. do u watch ARJUNA on tv3? baru 2 episode. aku nak kongsi satu benda. aku x tengok pon episode 1. baru td tgk episode 2 sbb lam melodi dah pung pang pung pang promo cite tu. so aku gagahkan diri utk tidak melayan MOnday’s night laugh on star world. aku tgk arjuna. pas abeh tgk tu, aku buat satu kesimpulan. cite ni mcm Lord of the Ring.

    [Reply]

    ctcpam Reply:

    apa arjuna macam lord of the ring???ape ko merepak ni..jauh panggang dari api..
    skrip ntahape2..xbest langsung!!!

    [Reply]

    MawarKhayalan Reply:

    means…2 be continued kot….ada part2 ler.

    [Reply]

    setuju Reply:

    ctcpam, komen aku pasal cite Arjuna tu tergantung sbb br tgk episode 2. kalo anda pasan yg pakai serba putih tu mcm ‘gandalf’. maksud aku KONSEP dia mcm lord of the ring. nak hapuskan kuasa jahat and all that. pastu ada plak kuasa jahat tu perati dorg dr mangkuk ajaib or whatever they call that thing. aku respect je KRU brothers buat ‘karya’ lain dr yg lain walaupun x brapa nak best. lama2 nanti dorg tau la ape yg penonton malaysia nak. mcm cerita Hotel Mania, konsep Glee. aku salute usaha dorg. aku tahan diri ni utk tak tuka cenel lain time dorg tgh gedik2 nyanyi. aku peminat tegar lagu2 KRU. tp kalo dorg selitkan lagu2 artis lain mungkin aku akan lagi terhibur.

    utk mawarkhayalan, part 2 utk LBS the movie ke? oh, tolongla jgn. tp kalo aku sorg je ckp jgn tak guna. bila aku tgk page LBS kt FB, pehhh..sume ckp best and bla bla. tp tu la kan. jiwa masing2 lain mcm.

    utk empunya blog, teruskan meng-review. tk

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    aku pun tengok page LBS dalam FB. pergh, bias je aku rasa semua, and kebanyakannya tak baca novel aku agak. semua kata best, siap2 menangis semua. perghhhhhhhhhh aku rasa nak hentak kepala aku kat dinding. menangis? aku rasa nak pi bakar je movie tu lagi adalah T________T tapi tu lah, pendapat masing2. fine fine.

    aku rasa ni je la review aku utk movie. aku jrg review dengan begitu detail. tapi memandangkan filem ni betul2 menghancurkan novel LBS, sebab tu penuh emosi aku reviewkan hehe

    [Reply]

    liza Reply:

    setuju.. tak suka FK wat watak Kasyah, lagipun dia takdak
    aura Kasyah.. sayang.. sib baik dpt tiket pree! takdela
    rasa larat sgt =)

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    hai si setuju! :) thanks for ur comment! hehe. teaser mana2 filem pun nampak menarik. itu paling aku kesal. sebab aku tgk trailer, rasa macam teruja gila nak tengok. plus dengan lagu yang gempaq.
    and and aku gila setuju kalau Khabir Bhatia yang buat filem ni! comfirm lah aku keluas masuk wayang hari2 tgk movie ni!!! aku pasti dia akan buat filem ni jauh seribu kali lagi bagus dari si Sharad Sharan
    tu T_______T

    FK tak sesuai lah jadi mat2 jiwang dan hamba cinta abdi ni. muka dia sesuai mat rempit je. menyampah ah dia. even dia tu BERLAKON je pun, memang aku pangkah dia terus lepas tengok LBS ni.
    tak berbaloi sungguh pegang watak Kasyah. agaknya pengarah tgk dia je padan dengan LS kot, tu yang dia ambil je tu.

    aku tak tengok Arjuna. LOL. sumpah tak suka tengok cerita melayu lawan2 ni ha hahaha. so aku tak boleh nak bagi komen panjang2 hehe but i do love Arjuna’s OST by Tomok hahaha.

    thanks for you comment again! :)

    [Reply]

    sweetycuppycake Reply:

    Arjuna sux!!!

    as a martial art ppl, i tgk fighting scene dorang tahapehapetah…x feeling langsung okay~~

    plakon sume x reti martial art..tendang tumbuk lemah mcm nak xnk..bukak bunga pun hampeh gler~ standing n distance pun mcm haram..adeh..letey tgk~! n dat makes da drama so very da low class…..at least,training la bg mantap klu xnk gne double..haih…

    [Reply]

  4. Kasawari says:

    tadi borak2 gak pasal cerita ni .. ada kata best.. ermm.. tapi mmg kawan2 punya status kat FB. byk kata tak best..
    Kasawari´s last blog ..Bergaduh di Danga Bay.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    not worth your money :(

    [Reply]

  5. qas says:

    tak payah ko gatal nak edit entry ni. let it be. ini zaman pemerintahan najib, bukan hitler. we are free to talk! bye.

    p/s : Lindu.
    qas´s last blog ..Kuku jari kelingkeng. My ComLuv Profile

    [Reply]

    dol pacai Reply:

    we are free to talk rite? klu koo tk suka kt entry ni ko ble jalan la… benda2 mcm ni la leh wat org melayu makin maju. dgr kebebasan bersuara… monggok hihihi..

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    aku tambah note atas je la makcik oi.takde aku editnya hehe

    [Reply]

  6. fikah says:

    mula2 sangat eksaited nak gi tengok.
    walaupun ada akak dah pesan, cite melayu, ni bese2 je.
    tapi lepas baca reviu dari ramai orang, hilang dah semangat.
    terima kasih kat yonna sebab ada entri ni.
    dapat tahu rupanya, cite ni klise jugak macam yang lain2.
    fikah´s last blog ..Kata Kunci 06062010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    tibe2 rasa bersalah pulak sebab ramai yang takank tengok after baca review ni T________T tapi apa yang yonna tulis ni mmg ikhlas. u should watch and review mcm mana. mane tahu best ke utk awak :)

    [Reply]

  7. retna says:

    aiyo sekali berpuluh2 pengomen kat sini :p
    retna´s last blog ..Konpius, KAKAK ker MAKCIK??? My ComLuv Profile

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    kakak.dah 90 ++ dah ni hehe

    [Reply]

  8. si mutasi says:

    1.masa kashah interview ngan emilia…pengarah gelabah2 nak tunjukkan story yg ayu nak tukar muka. relek aaa beb…dlm buku… tu la yg buat org thrill. kita tertanya2 siapa emilia. kenapa dia sama. ni alih2 dah kasitau. aduh.

    2. dia tak establish pon pasal perfume kesukaan ayu. tetiba je kata perfume ayu ngan emilia sama?

    3. kashah balik dari masuk kampung yg kononnya tadek sumber komunikasi langsung (pada zaman skang ni)…setahun tak jumpa..balik2 jumpa suzana? jumpa suzana untuk tanya ayu kat mana? kalau dia janji nak jumpa ayu.. tapi suzana yg dtg. logik aa jugak. baru aa terasa frust bila tahu ayu tak dtg sbb dah kawen.

    4. dia tak sebut nama penuh ayu. sidaratul dursina

    5. kashah ni nakal ke gengster?

    6. kenapa la kalau kat kolej..ada budak yg nerd kene pakai guncu tebal gila…cermin mata pelik dan besar?

    7. tetiba ayu ckp kashah tu anti pompuan. tetiba? apa yg tunjukkan dia anti pompuan?

    8. masuk2 kerja..graphic designer. tapi dah jadi art director kat set.

    9. scene emilia dtg set tgk kashah …sama je ngan kate dtg tgk kashah. aduhh…nak jimat masa ke nak jimat duit?

    10. semua aaa muvi nak buat hero tu fotographer. fotographer dengan kit lense je sahaja sepanjang masa. tapi photographer hebat. muak.

    11. mak ayu cam org tadek perasaan. lepas semua benda jadi. dia cam sama jek…kosong.dia tak nyesal ke lepas semua benda terjadi?

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    1 : kahkahkah.nampak sangat muka Ayu 2 tengah kaver kan? siap ada eye contact dengan Suzana lagi padahal dalam novel, aku sendiri tak bajet langsung Amy tu adalah Ayu T__T what a spoiler.

    2 : HAHAHAHAHHA kannnnn?

    3 : mmg tak logik, sebab tu aku cakap semua benda TIBA-TIBA. out of nowhere, tup keluar scene ni,tup scene lain. sampah sungguh. tiba2 ja baru keluar hutan, terus jumpa Suzana. heh.

    4 : yes betul. sedangkan nama Ayu sangatlah indah

    5 : gangster kat sekolah, kaki pukul, but yet sgt pentingkan friendship dia dengan Man Sapi, Cincai and Lady In Black. sayang diorang tak cerita too detail pasal Kasyah :(

    6 : gila annoying muka Siti dalam tu! aih, penggambaran kat kolej tu pun aku rasa dah spoil. kalau buat kat sekolah sebijik mcm dalam novel mungkinlah sedikit best :(

    7 : kan kan kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn? tak tunjuk pun geng Lady in Black. tak tunjuk pun Kasyah perlekeh kawan2 dia yang suka pompuan. damn!

    8 : movie sampah.mcm ni lah. nak tangkap muat je

    9 : okay tu serius aku tak perasan haha

    10 : senario photographer gamaknya kat Malaysia ni. hehh.

    11 : watak mak dia macam kayu kannnnn???? tu aku bengang tu. nak mampus,tak mampus2 lagi haaa. sihat mcm biasa. watak gila plain. sedih aku T___T

    i love your comment! thanks mutasi :)

    [Reply]

  9. dayu says:

    seperti biasa, smua movoe yg diadaptasi dr novel, akan menghampakan. nasib baik akak tak tgk lagi.. uiihh, tgk toy story lagi bagus la
    dayu´s last blog ..i’m free!! My ComLuv Profile

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    toy story mmg patut tengok hehe

    [Reply]

  10. nurul says:

    akak terpanggil nak komen entri ni yonna. akak mmg excited tgk filem LBS ni dari hari pertama tayangan lagi akak dh tgk. sbb akak peminat penulis ahadiat akashah since darjah 4 smpi skrg. novel dia byk yg akak beli dan simpan elok2 hingga kini.

    tp apa yg akak nak komen filem ini tak sehebat jln citer novelnya. dlm hati alahai sian dgn ahadiat akashah yg hempas pulas kembangkan idea menulis tp bila di apditasi jd filem begini teruk jln citernya.

    mana kasyah belajar di fresco?
    mana ayu yg dh hilang ingatan dah pulis semula?
    mana kenakalan gila kasyah yg FK lakonkan mmg tak bape gila2 sgt tu?

    sebenarnya byk akak nak huraikan. sebab akak baca novel ni 3 kali rasanya so dah hafal jln citer novel ni. tp bila tgk filem sgt HAMPA dan bila org ckp kita cuma ckp OKLAH. BOLE TAHAN (nak sedapkan hati)

    baik layan novel dr filemnya.

    sekian
    nurul´s last blog ..Penulisan biasa untuk suami My ComLuv Profile

    [Reply]

    wani Reply:

    hai kak nurul.
    boleh tak saya nak pinjam siri lengakap novel LBS. saya teringin nak baca cerita tu, sebb masa novel tu tengah hot saya tak lahir lagi.kalau boleh pinjam email saya eh? kalau ta boleh tapalah, tq banyak2.

    [Reply]

    ciyo'z Reply:

    nk pinjam jugak… huu..
    bete beli sndri la kn..
    ade nikmat bace lame2..
    tp….
    kt mne ade jual ag ye….?

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    ciyoz : ada je jual 3 sekali kat mana2 kedai buku.

    Lagenda Budak Setan > Katherina > Kasyah :)

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    eh wani! awak ke yg nak pinjam novel kak nurul tu? hahahha dia ingat saya yang nak pinjam :) nak sy tanyakan ke?

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    akak, bukan fresco T_____________T itu bukan kedai ke? hahha Fresno rasanya :p

    tu lah,dia pi cerita Kasyah bertapa dalam hutan tu buat apaaaaaaaaaaa? tiba2 jadi photographer pulak dahhh!!! eiiii. bajet masa, bajet duit pun entah lah filem ni :(

    [Reply]

  11. Jiji says:

    High five sket!

    Ni aku punya review (tanpa belas kasihan jugak!)

    http://triplecolourlife.com/blog/lagenda-budak-setan/

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    i likeeeeeeeeee your review! :)

    [Reply]

  12. ima says:

    yup..
    sy setuju dgn review nie.
    xpuas ati lgsg.
    rase ag berbaloi kalo buat cite nie
    jadi budak setan 1,2 n 3..
    cm cte harry potter,twlight.
    lbs bosan!

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    rasanya kalau buat lbs1,2,3 pun still akan bosan kalau guna pengarah yang sama T________T

    [Reply]

  13. diana says:

    pas baca review awak terus sy tak nak tgk dh.. actually bile tgk director die Sharad Sharan pun, sy cam dh ade rase yg citer ni mgkn tak brape sedap. sbb nye, sy tak penah tgk citer arahan Sharad Sharan, n sy tak rase citer arahan die femes. kalo femes, mesti sy knal die.. huhu.. thanx a lot for this review. kalau sy nk tgk pun tunggu citer kua time raya aje laa.. hahahaha..
    diana´s last blog ..Roti Mata Kerbau! My ComLuv Profile

    [Reply]

  14. dol pacai says:

    ako pon nk bg pendapat yg cite melayu hampeh2 belaka, lagi2 cite LBS ni. nk banding dgn citer dlm novel, mcm langit dgn bumi. tkde kualiti la pengarah ni punya keja. FK suck!!! tq melayu layu

    [Reply]

  15. ruby says:

    setuju sgt, aku ingat lg gile mase bace buku ni, time tu, 2 hari nak pmr, punye la serius smpai sangup bersengkang mate just baca LBS je drpd yg nak periksa,(Alhamdulilah result ok).. fist iklan nampak best je..time kuar tv.. exicited gle nak tgk..xpi ble da tgk banyak adegan sedih jadi lawak, x tau mane silap, script nye ke,pelokon or jalan crite nye..yg pasti x bole salah an director gak, penulis script pun agak cincai je uat script banyak pkataan melucukan shigga x saggup nak tulis kat sini..
    mungkin penerbit nak jimat masa so bnyk scene drunk x plot an.. xpi rasa nye x salah kut, titanic pun 3 jam, klu crita tu bagus 5 jam pun orng sanggup tgk.. yg penting kualiti cerita tu.. bukan masa durasinye..

    [Reply]

  16. haziqah says:

    haha saya setuju 123%
    mmg plik bila mula2 org yg g tgk LBS ni..sume kata sdih2 , nagis, best gila, filem melayu yang paling best dan wajib tonton..
    macam tak langsung…!!
    tak de nangis pon..gelak ada la..sebab dorg berlakon kelakar..bukan sebab dorang buat lawak..tp cara dorang balakon kelakar :P
    even part yang spatotnye sdih pon, satu panggung bantai gelak huhu
    cite pisau cukur lagi best :D
    haziqah´s last blog ..iLi Platform™ dan iLiCool™ @ iLuvislam.com My ComLuv Profile

    [Reply]

  17. haziqah says:

    oh paling tak suka..watak ayu spas brubah wajah..tak feel langusng..nak tngok lisa jugak..kalu dia brtukar wajah jd cm fazura ke x pe jugk wuwu
    haziqah´s last blog ..iLi Platform™ dan iLiCool™ @ iLuvislam.com My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. farahh says:

    LBS bosan gila. i expected more than apa yang sharad buat tu. hmmphh~~
    farahh´s last blog ..kerana SYNFLEX, saya puas tido seharian. terimakasih!! My ComLuv Profile

    [Reply]

  19. Zida says:

    Hohoh jadinya ni mcm cakap tak payah pergi la ehh? HAHAH

    [Reply]

  20. gulichester says:

    btol..mmg bosan…dialog tah hape2…shot pun teruk..asik fokus tang muke je..

    [Reply]

  21. jalan2.. tersepak batu.. singgah berehat… bace review ni.. terus menjerit SETUJU.. well.. aku ada gak wat review.. sume aku utarakan kelemahn.. tp still aku berlapik ayat2 dia.. well.. aku sebenarnye sgt setuju dengan ko.. satu hal.. kenapa tak kaji dlu latar belakang pengarah.. pengarah tu wat citer ape? diva?. omg.. maha gagal ok.. mungkin gak ahadiyat tak faham sgt pasal layar.. jd dia ikutkan aje.. kesudahannya… hancur lebuh karya terbaik beliau.. aku tak baca lbs ni.. aku bace review ko bru tau yang ahyu sebenarnye tipu ckp dia terlanjur ngan azmi.. aku gak taktau yng ayu sempat pulih ingatan.. filem ni aku rasa antara paling bodoh dalam sejarah filem melayu.. byk filem yg idea ada, tp hasil buruk.. yang idea sendiri dah buruk.. pelakon aku rasa gagal… FK tak cukup nakal.. atau pengarah gagal olah watak kasyah.. ye la 10 minit je nak tunjuk dia budak nakal.. lagenda la sgt… aku lg suke kalau fazura jd ayu 1… lisa jadi ayu 2… kate crik yg lain… maya karin mungkin… diana daniele mungkin… plot berterabur.. latar tempat n masa lansung tak de kesinambungan.. skrip dia lg la hancur.. shot hancur.. aduiii.. lgu sedap tp ulang sampai nak pekak telinga aku.. well.. hanya kerana kehebatan epik cinta kasyah ayu ni.. aku bg 1/10 bintang

    [Reply]

  22. ciyo'z says:

    assalamualaikum dan salam sejahtera…

    adoiiii…. td aq da g tgk citer LBS tuh…. ase nyesal lak nanges bgai nk rak..
    mule2 aq igt tu la movie melayu antare yg trbaek taon 2010 nie… tp..
    xsangke … citer tu tlah dimanipulasikan jdi sesuatu bahan citer yg aneh..

    mule2 td… aq baru je nk puji lakonan sume plakon tu..
    tp, bile da bce rwiew atas tu… ase btol jugak… ade yg xkene… citer LBS tu byk buang mase kt kasya dok kt pulau tu..
    patu, scene kasya jdi setan sket giler…
    aq hnye trhibur 10 mint yg ptame…
    patu, scene laen… tah la.. xtaw nk ckp ape..
    tp, plg aq takot nk tgk… scene azmi blasah ayu tu…
    mmg dasat… mmg wt aq seriau la..

    xpe la.. pasni… jdi pngajaran…
    nk pilih pngarah.. kne tgk exprience dy dulu…

    agknye, pngarah tu tlampau teruje kowt, tu yg dy blur xtaw nk ltak scen yg patot kne ltak…
    dan.. ag 1…

    mebi sbb nie novel en.ahadiat akasya, so.. tu yg wt audien tpggil nk tgk citer nie…
    klau tu bkn novel ahadiat akasya, asenyer, xrmy yg nk g tgk kowt..

    mebi, pasni… ade pulak slot akasia-LAGENDA BUDAK SETAN smpai bratus-ratus siri smpai mgalahkan siri citer indonesia -bawang merah bawng puteh..
    kuikui…

    xpela.. jnji bia pngarah yg bagos la yg arahkn…
    jnji citer tu x cacat la…

    *tp, lisa surihani mmg lawa, cun abis… dy mmg potogenik la.. ttap nk dy jadi ayu 1, ayu 2… ayu slame2 nye… :D

    papehal.. bole la citer tu…
    bg la 3 bintang..
    sbb pandai cameramen amek gmbar.. kn..? kn..?
    ciyesh… lawa cgt… lawa la kowt… hee..

    oke.. tengz…
    next cumen plz… :D

    [Reply]

  23. chin says:

    kalao dia buat kasyah and kawan2 dia time skola dlu mesti lagi cool mcm dlm novel. patut tu la cerita lebih2 sket. macam mana setan dorg tu. aku tatau ada tak dlm novel part ayah sapi meninggal. sbb aku baca cerita ni 12 taun yg lepas. so aku ingat2 lupa. tapi yang penting, aku benci farid kamil jadi kasyah. TAK KASYAH LANSUNG OK! and ayu no 2 tu mcm pfffttt kaku dan kayu. kasyah baru je tunjuk diari tu kat emilia and bckan peristiwa cicak tu. tiba2 emilia boleh kata “macam mana ada cicak dlm botol kola?” oi before that dia just said cicak dalam minuman je. =.=

    cerita seriously kelam kabut. bleh plak part sdey nak btau ayu eksiden, bunyi gagak kuat gila. campo ost yg dah ulang cam seribu kali smpi jadi bosan.

    ms dia kata ahadiat akashah nangis tgk cerita ni, aku rs mcm dongeng gila. mungkin dia nak jaga hati pengarah :p

    cerita ni di manipulate sampai jadi cerita melayu yg typical – membosankan.

    dah tau nak buat sambungan, buat je la panjang2 sikit. bia org paham. isk isk aku pon emo :p

    [Reply]

  24. bida says:

    bagi saya watak shikin (ayu) yang telah berubah tu memang tak besssssss

    [Reply]

  25. alyie says:

    giler!!! aq setuju 100percent ngan reviu nih!! rase hangen je tgk LBS. da r 2 jam!! bosan tahap dewa. setan si kasyah uh x nampak lnsung. pas uh director nk mencapap muncul jd doctor dlm muvie uh. tah pa pe. paling bangang.. kasyah gune kamera canggih terkini kununnye.. tp dye lepak setahun dalam kampung yg x de lektrik uh.. cam ner r dye charge bateri kamera uh… arghhhhh.. rase nk tuntut balik duit aq!! mr khabir Bhatia, tolongla remake balik muvie yg kucar kacir nih.. aq da r minat cite nih since darjah 6…

    [Reply]

  26. Ainul Hayat says:

    Tak pernah baca novel dia pung. Sebab time skolah novel ni mahey takdak duit. :(

    Sungguh excited mau nonton filem ni sebab gezet dia mmg gile2 kat TV.
    Citenye bese2 je mungkin sebab adapt dari novel tu yg tak feel sangat (tapi sempat nanges, masa Kasyah gi ke pedalaman, dia dan Ayu terpisah)…

    Uwaaa…sangat sedey bile berpisah..

    Sekian, mekacey
    Ainul Hayat´s last blog ..Hari ni sungguh tak sabar nak tunggu pukul 5My ComLuv Profile

    [Reply]

  27. arif says:

    memang betol ar,aku kecewa habis pas tgok film ni.FK takleh jadi PENCINTA AGONG LAA..memang takde talent langsong.memang meng spoil kan novel tuuu.

    [Reply]

  28. harith says:

    apahal lah dorang ambil FK?? huh…hilang mood tgk LBS sbb FK. tgk hasil lakonan dia sebelum ni pun mcm apa…ARGH! frust sbb filem ni sepatutnya best…klu kabir bhatia buat mesti best…

    episode LBS lagi teruk!!!

    [Reply]

  29. sweetycuppycake says:

    u’re da best..

    i rase sume org yg pnh bace novel LBS kate movie die x best..n serious jerky plot die..mmg x sempat2…

    emilia pun mcm hampeh..huhu..x best~ mmg x sokong sgt part emilia nie ha…adeh..

    anuther thing, korang tgk x series LBS?? it is so obvious FK x feeling ok~~~

    ayu pun hampeh~~~ x ayu langsung..n x seswai langsung jd ayu..da la bawak watak ayu sampai jd kerek~!

    [Reply]

  30. husna says:

    agree with u..agree sgt2…hrpn t’lalu tggi utk filem ni..but the outcome hampeh..

    and the series..is better kot..wlupun watak ayu n kasyah tu kreng cket..mgkin feel bc novel ngan feel tgk adaptasi lain kot…

    [Reply]

    yOnnA Reply:

    best eh yang series punya?kalau best, nak la sy download and tengok hehe

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Jumaat ( 03-09-2010 )
Imsak :5:45
Subuh :5:55
Maghrib :19:25
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky