Posts Tagged ‘melankolik’

Sombong #1

Friday, January 22nd, 2010

1

korang kenal lagi gula2 ni? harga sekarang adalah 50 sen sekeping! T__T

dulu,sekeping 10 sen ja. mak aii. panjangnya sama jugak! bukannya panjang 15cm pun gula2 ni. gila betoi. jadinya.aku beli 1 ja hahaha.terima kasih Nana sebab tolong belanja.

2

lolipop pemberian Nana. katak kauuuu. T__T

kalau sesiapa tahu sejarah masa Forum Teratak Anna Abadi dulu, mesti tahu betapa aku alergik nak mampus dengan perkataan katak. sebab dalam forum tu aku jumpa manusia yg memang macam katak.perangai sangat sampah sampai menaikkan kemarahan mod pada waktu tu, salah sorang mod dia, Kak Jie yang fofular betul lately ni :p tapi Nana mmg saja nak menduga mood aku. hahaa.ambiklah.dah org bg kan? tapi tak makan lg sebab tatau nak mkn mcm mana. tenkiuuu, makcik Nana ;)

3tembamnya tangan aku T__________T

menjadi seorang manusia yang mempunyai ramai kawan (mungkin jugak terlalu ramai) bukan se-best yang disangka. i mean, seronok of course lah. setiap ceruk kau duduk mana pun, kau senang nak berkawan. tapi, di sebalik ramai kawan tu kau kena berdepan dengan 40 juta kerenah manusia (dah tentu aku juga menjadi kerenah utk kawan2 aku). kalau yang best, aku suka. kalau yang macam palat, aku benci.

aku tak boleh selalu  ada dengan kau bila mana kau ada masalah besar.
aku tak boleh selalu jadi bahu bila mana kau menangis
aku tak boleh selalu di sisi kau bila mana kau mengajakku keluar
aku tak boleh selalu berdampingan dengan kau bila mana kau perlukan aku
aku tak boleh selalu mengongsikan semua perasaan aku dengan kau,

tapi tak bermakna aku lupakan kau.

aku bukan kawan yang baik. ayat clichenya, kita bukan manusia yang sempurna. aku pernah sakitkan hati kawan aku SECARA SENGAJA. aku pernah ignored kawan aku SECARA SENGAJA.aku pernah meluat dengan kawan aku sendiri SECARA SENGAJA. tapi lama2 tu aku sedar diri, lepas tu minta maaf dengan muka peminta sedekah T_________T

tapi kalau kau nak claim aku sombong, minta maaf banyak-banyak. aku bukan diva popular yang ada 80000 peminat di seluruh Malaysia. hanya setakat aku tak reply ym,tak sms,tak call,tak komen kau kat FB, kau cakap aku sombong. kau cakap aku lupa kawan,lupakan kau T_______T takkan lah selang 2 hari aku nak mesej bertanyakan kau sihat atau tidak?  mcm mana dgn cuaca negeri kau? hari ni kau makan apa?

aku rasa cukup kalau aku tahu kau dalam keadaan yang sihat sejahtera dengan kekerapan kau mengupdate status FB kau. dengan segala status kegembiraan kau.dengan melihat nama kau online tanpa perlu bertegur sapa. i know you are doing well,my dear friend. mungkin kau patut baca kata-kata Kak Fynn ni,

kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tap perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.

yang penting –
yang peduli.

sumber asli : Kak Fynn

Assalamualaikum
Selamat datang ke blog tanpa header. haha
Selamat Berbuka Puasa :p
Seluruh Negeri Pulau Pinang, PULAU PINANG
Rabu ( 08-09-2010 )
Imsak :5:44
Subuh :5:54
Maghrib :19:23
Terbaik.





Yonna&Friends

Archives
.

Real Time Web Analytics


Clicky