Sombong #1

korang kenal lagi gula2 ni? harga sekarang adalah 50 sen sekeping! T__T
dulu,sekeping 10 sen ja. mak aii. panjangnya sama jugak! bukannya panjang 15cm pun gula2 ni. gila betoi. jadinya.aku beli 1 ja hahaha.terima kasih Nana sebab tolong belanja.

lolipop pemberian Nana. katak kauuuu. T__T
kalau sesiapa tahu sejarah masa Forum Teratak Anna Abadi dulu, mesti tahu betapa aku alergik nak mampus dengan perkataan katak. sebab dalam forum tu aku jumpa manusia yg memang macam katak.perangai sangat sampah sampai menaikkan kemarahan mod pada waktu tu, salah sorang mod dia, Kak Jie yang fofular betul lately ni :p tapi Nana mmg saja nak menduga mood aku. hahaa.ambiklah.dah org bg kan? tapi tak makan lg sebab tatau nak mkn mcm mana. tenkiuuu, makcik Nana ;)
tembamnya tangan aku T__________T
menjadi seorang manusia yang mempunyai ramai kawan (mungkin jugak terlalu ramai) bukan se-best yang disangka. i mean, seronok of course lah. setiap ceruk kau duduk mana pun, kau senang nak berkawan. tapi, di sebalik ramai kawan tu kau kena berdepan dengan 40 juta kerenah manusia (dah tentu aku juga menjadi kerenah utk kawan2 aku). kalau yang best, aku suka. kalau yang macam palat, aku benci.
aku tak boleh selalu ada dengan kau bila mana kau ada masalah besar.
aku tak boleh selalu jadi bahu bila mana kau menangis
aku tak boleh selalu di sisi kau bila mana kau mengajakku keluar
aku tak boleh selalu berdampingan dengan kau bila mana kau perlukan aku
aku tak boleh selalu mengongsikan semua perasaan aku dengan kau,
tapi tak bermakna aku lupakan kau.
aku bukan kawan yang baik. ayat clichenya, kita bukan manusia yang sempurna. aku pernah sakitkan hati kawan aku SECARA SENGAJA. aku pernah ignored kawan aku SECARA SENGAJA.aku pernah meluat dengan kawan aku sendiri SECARA SENGAJA. tapi lama2 tu aku sedar diri, lepas tu minta maaf dengan muka peminta sedekah T_________T
tapi kalau kau nak claim aku sombong, minta maaf banyak-banyak. aku bukan diva popular yang ada 80000 peminat di seluruh Malaysia. hanya setakat aku tak reply ym,tak sms,tak call,tak komen kau kat FB, kau cakap aku sombong. kau cakap aku lupa kawan,lupakan kau T_______T takkan lah selang 2 hari aku nak mesej bertanyakan kau sihat atau tidak? mcm mana dgn cuaca negeri kau? hari ni kau makan apa?
aku rasa cukup kalau aku tahu kau dalam keadaan yang sihat sejahtera dengan kekerapan kau mengupdate status FB kau. dengan segala status kegembiraan kau.dengan melihat nama kau online tanpa perlu bertegur sapa. i know you are doing well,my dear friend. mungkin kau patut baca kata-kata Kak Fynn ni,
kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tap perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.
yang penting –
yang peduli.
sumber asli : Kak Fynn
Tags: melankolik

seriously rara pernah kena macamni. kawan baik since tadika cakap rara itu dan ini semata-mata sebab tak SMS dia, tak call dia T________________T
kalau Rara tak mulakan, why not dia mulakan dulu? gahhhhh. dia cari alasan untuk cover kesalahan dia :(
[Reply]
yonna Reply:
January 22nd, 2010 at 9:39 am
itu lah dik. sebenarnya, bukan isu sapa mulakan dulu pun. akak rasa tu not a big matter. tp yelah, takkan nak mesej 50 kali sehari kan? sekali sekala tak pe lah. masalahnya, tak memahami. huh
[Reply]
yonna nak alamat gula2 tu. nak kasi door gift. hahahahah
[Reply]
yonna Reply:
January 22nd, 2010 at 9:40 am
alamat dia, mid valley :p hahaha
[Reply]
kalo beli gula² tu..mesti x smp hati nak makan..
kiut bebeno..
hehe
[Reply]
yonna Reply:
January 22nd, 2010 at 9:40 am
kiut tp sedappppppppppp sgt!
[Reply]
[nih mcm mn buleh salah eja nama sendirik nih... =__=" haihhh]
[Reply]
yonna Reply:
January 22nd, 2010 at 9:42 am
kakak.apakah? tak pahammm
[Reply]
yonna ni sumbung la.. hahaaahahah giler2. akak pun pangai camtu la.. malas nk call, tp klu org sms insyaallah blas. melainkan klu org itu adelah sgt annoying smpi tgk nama dia pun terus private akaun fesbuk maka tidak akan dilayanlah. bkn sbb sumbung, tp tau dah klu dilayan – panjang citenye nanti.
leceh leceh~
[Reply]
yonna Reply:
January 22nd, 2010 at 9:42 am
kakak.kalau yonna sombong,tak jumpa kakak dah tau T__T hahaha piat telinga kang.
wahh ada kategori manusia annoyed sampai mcm tu dlm life akak? wuuuu!
[Reply]
orang selalu label orang tu sombong, orang ni sombong
sebenarnya tak de sapa pun yang sombong kalau orang tu tak memenuhi keperluan kita
kita ckp dia sombong sebab dia tak penuhi keperluan kita, jadi kita lah yang sombong.
dia tak geng dgn kita, tapi dia geng dgn orang lain – dia tak ngam dgn kita tapi dia ngam dgn orang lain..ok lah tu….orang lain boleh ‘masuk’ dgn dia..kita yang tak leh ‘masuk ‘ dgn dia…nak claim dia bukan2 pula…
ini mcm ni saje………oklah tu -tak de nak label2 org mcm2
[Reply]
nadia Reply:
January 22nd, 2010 at 9:30 pm
waaaa setuju dengan kata2 ni. Tiada orang yang sombong di dunia ni. Yang membezakan ialah tahap ke-boleh-masukan seseorang terhadap orang lain. Sesetengah orang tak boleh masuk dengan orang ni tapi boleh masuk ngan orang lain. Biasa la tu kan
[Reply]
yOnnA Reply:
January 22nd, 2010 at 9:37 pm
hehe agree,dear :) akak tak faham betul kdg2. tapi nak buat mcm mana. dah kawan sendiri :) kita sendiri pun sure ada perangai yang mengarut-ngarut kan hehe
[Reply]
Ayah Aiman Reply:
February 5th, 2010 at 9:44 am
jangan sesekali kita panggil orang itu SOMBONG sebelum kita mengenali orang itu sendiri..
english proverb: dont’s judge the book by its cover..
[Reply]
a’ah,sombong
[Reply]
yOnnA Reply:
January 22nd, 2010 at 9:38 pm
awak lg lah
[Reply]
yOnnA Reply:
January 28th, 2010 at 1:42 am
test
[Reply]
akakkkk sombonkk!! huuu. hadeiii…
taw x per kak.. shaa selalu kene jugaa T___T…
[Reply]
yOnnA Reply:
January 22nd, 2010 at 9:39 pm
HAHAHA. mana ada dik. tp selalu time risha ym akak je. sure akak ade kerjaaa. ha lepas ni blh lah :p
tp dah lama x nampak risha ym. merajuk dengan akak eh?
[Reply]
[...] Reply komen saya mengenai tajuk sombong di blog Yonna [...]